Pages

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Child Development Africa small (2)


 Domain perkembangan adalah kunci bahawa untuk mengetahui kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan adalah dengan penilaian komprehensif. Instrumen penilaian yang digunakan ialah dengan melihat dan mengukur perkembangan kanak-kanak dalam satu atau lebih domain. Domain-domain itu ialah kemahiran kognitif, kemahiran motor iaitu motor kasar dan motor halus, kemahiran bahasa dan komunikasi, kemahiran sosial-emosi dan kemahiran jagaan diri.

            Perkembangan wujud sejak kanak-kanak masih kecil, bagaimanapun domain-domain ini tidak boleh diasingkan. Ini adalah kerana domain perkembangan ini saling bertindak balas dalam cara yang kompleks. Dalam fakta, fungsi akan terus dihubungkan di antara perubahan dalam sesuatu perkembangan dan berlaku dalam perkembangan yang lain. Contohnya, apabila kanak-kanak mula berjalan, dia mula mendapat pengalaman yang baru. Jadi, kemahiran akan mempengaruhi perkembangan dalam domain yang lain seperti kognitif, bahasa dan perkembangan social.

            Jenis-jenis perkembangan boleh digunakan sebagai panduan umum untuk intervensi dan rujukan di samping dapat menimbang dan menentukan kekuatan individu, keperluan dan kemajuan yang dapat dibuat.

Perkembangan Kemahiran Kognitif
            Perkembangan kemahiran kognitif merujuk bahawa kebolehan mental dan intelektual kanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka. Perkembangan kognitif juga dikaitkan dengan teori perkembangan kognitif Piaget.

Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembangan dalam satu siri tahap yang kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain dan tahap perkembangan kognitif Piaget ada empat iaitu tahap sensori motor iaitu bagi kanak-kanak yang baru lahir sehingga 2 tahun, tahap dua pula dipanggil tahap praoperasi iaitu kanak-kanak yang berumur 2 sehingga 7 tahun. Manakala tahap yang seterusnya ialah tahap operasi konkrit iaitu kanak-kanak 7 sehingga 11 tahun dan tahap yang keempat ialah tahap operasi formal iaitu 11 tahun ke atas (Jas Laile Suzana Jaafar, 2000: 84).  Penilaian kemahiran kognitif biasanya melibatkan konsep pengekalan objek, hubungan dari segi ruang, peniruan, sebab akibat dan penggunaan objek.

            Perkembangan kognitif berlaku apabila kanak-kanak beri perhatian dan mewujudkan ransangan kemudian menyepadukan maklumat baru dengan kemahiran dan pengetahuan. Terdapat kemahiran praakademik seperti membilang, mengasingkan dan sebagainya. Kemahiran kognitif termasuklah kapisiti meramalkan kejadian, menggunakan ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Dalam prasekolah, penilaian kemahiran kognitif ialah seperti kemahiran pra bacaan, pra menulis dan pra matematik (Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 93).

Dalam perkembangan kognitif, kita boleh lihat secara lebih terperinci tentang perkembangan kanak-kanak iaitu dari 1 hingga 2 tahun. Apabila kanak-kanak sampai pada peringkat ini, kita dapati kanak-kanak sudah boleh memerhati ciri-ciri fizikal yang terdapat pada objek, menyelesaikan masalah-masalah yang mudah, mengklasifikasikan objek berdasarkan kesamaan fizikal, mengatasi halangan untuk mendapatkan objek. Selain itu juga kanak-kanak boleh memahami kegunaan objek dan juga kanak-kanak boleh membuka bungkusan permainan mereka (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).

Pada peringkat 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh memilih dan melihat gambar dalam buku, boleh memadankan dengan setiap pasangan objek. Contohnya, cawan dengan piring, kasut dengan stoking. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh namakan gambar objek yang mudah-mudah dan dapat mengenalpasti beberapa objek dalam gambar tersebut. Apabila ditanya tentang apa yang sedang dilakukan, mereka akan memberitahu secara ringkas apa yang dia buat. Contohnya, dia meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa seperti menyapu sampah. Kanak-kanak pada peringkat ini, mereka belajar melalui penjelajahan dan arahan orang dewasa seperti membaca dalam buku bergambar. Kanak-kanak ini juga mula memahami fungsi konsep dalam objek-objek yang dibiasa dilihat. Contohnya, sudu untuk makan ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 305).

Kanak-kanak yang berada pada tahap 3 hingg 4 tahun ini, kebanyakan mereka sudah boleh mengenal dan memadankan enam warna, boleh menyusun blok-blok mengikut saiz dan lukis gambar yang mereka tahu dan sekiranya mereka tidak melukis gambar tersebut, mereka akan menerangkan tentang gambar itu. Kanak-kanak pada peringkat ini juga tahu menggunakan soalan seperti “kenapa” dan “bagaimana”. Mereka juga tahu berapa umur mereka. Kanak-kanak ini belajar melalui pemerhatian dan mengikut arahan orang dewasa. Pada tahap ini juga kanak-kanak memahami fungsi konsep dalam kumpulan objek. Contohnya, perabut ada di dalam rumah dan kanak-kanak dapat mengenalpasti gambar tangan, kaki adalah sebahagian dari anggota badan. Di samping itu juga, kanak-kanak mula tahu yang lepas dan sedang berlaku. Contohnya, kelmarin kita pergi ke pasar dan hari ini kita pergi ke rumah kawan (Richard M. Gargiulo & Jennifer L.Kilgo, 2000: 307).

Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula, kanak-kanak boleh menunjukkan dan menamakan 4 dari 6 warna. Kanak-kanak juga boleh melukis gambar orang dengan mengenali dua hingga enam bahagian badan seperti kepala, tangan serta boleh namakan atau padankan dengan badan. Kanak-kanak pada peringkat ini pula belajar melalui pemerhatian dan dengan apa yang dikata. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh memahami konsep masa. Kanak-kanak juga boleh menulis nama sendiri dan juga boleh menghurai gambar yang dilihat. Kanak-kanak juga boleh menceritakan apa yang berlaku selepas itu (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 309).

Akhirnya, perkembangan kognitif kanak-kanak dinilai pada umur 5 hungga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menulis huruf dan angka dan juga boleh menghafal bilangan nombor sampai sepuluh. Kanak-kanak juga boleh mengasingkan objek pada satu kriteria tertentu. Contohnya, mengikut warna, bentuk atau saiz. Kanak-kanak juga mula menggunakan konsep masa dengan tepat iaitu “kemarin” dan “esok”. Pembelajaran kanak-kanak ini melalui arahan dari orang dewasa dan apabila mereka minat, mereka akan mengabaikan halangan atau gangguan yang ada. Konsep masa dikembangkan dalam memahami sesuatu acara yang akan datang. Contohnya, Krismas akan datang selepas 2 minggu (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 311).

Kemahiran Motor
Dalam kemahiran motor pula, ia merujuk kepada kebolehan bergerak atau kawalan pergerakan yang membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan koordinasi sistem pergerakan yang kompleks dengan keupayaan yang berbeza. Dalam kemahiran motor, boleh dibahagikan kepada dua iaitu motor kasar dan motor halus. Kemahiran motor kasar melibatkan pergerakan dan kawalan otot. Contoh kemahiran otot kasar ialah melompat, berlari, berjalan, merangkak dan banyak lagi (Bruce A. Bracken, 1983: 285). Kemahiran motor halus pula, menggunakan otot-otot kecil, seperti memegang, meramas dan sebagainya.

 Kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun, kanak-kanak belajar untuk menunjukkan pelbagai tugasan yang melibatkan motor kasar iaitu dengan berjalan cepat di samping menyeimbangkan dengan motor halus seperti membutangkan baju, menggunting dan menulis. Dalam kemahiran motor halus pula, bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun akan berkembang dengan cepat. Apabila kanak-kanak mencapai umur prasekolah, mereka boleh menyimpan dan mengendalikan sesuatu dan akan menjadi mahir misalnya mereka boleh memasukkan blok ke dalam lubang yang sesuai.

Kita boleh lihat secara terperinci bagaimana perkembangan motor kasar dan motor halus berkembang mengikut peringkat-peringkat umur. Pada umur 1 hingga 2 tahun, perkembangan motor kasar kanak-kanak boleh dilihat melalui kanak-kanak itu berjalan dengan memegang kerusi dan boleh berdiri untuk seketika. Manalaka perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh mengambil objek dari bekas, meletakkan objek ke dalam bekas, cuba untuk menconteng dan kanak-kanak ini juga boleh memegan penyepit dengan kemas iaitu boleh genggam dengan baik ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 302).

Bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun pula, perkembangan motor kasar boleh dilihat apabila kanak-kanak itu berlari ke hadapan dengan baik dan boleh melompat pada satu tempat dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya. Kanak-kanak juga boleh berdiri atas satu kaki tetapi dengan bantuan dan juga boleh berjalan berjengket serta menyepak bola. Dalam perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh menggunting, pegang krayon tetapi ibu jari dan jari yang lain tidak menggengam. Selain itu, kanak-kanak boleh memusing, mumukul, memicit, menekan dan menarik tanah liat (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 304).

Pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun, perkembangan motor kasar boleh dilihat apabila kanak-kanak boleh menggelonsor tanpa bantuan, boleh mengimbangkan badan dengan berdiri atas satu kaki dalam masa 5 hingga 10 minit. Kanak-kanak juga boleh berlari di sekeliling halangan dan berjalan dalam satu baris. Perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh membina bangunan menggunakan 9 blok-blok kecil dan juga mereka boleh membentuk tanah liat menjadi bentuk bulat, ular dan sebagainya ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 306).

Perkembangan motor kasar pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula, kanak-kanak boleh melompat ke hadapan 10 kali tanpa jatuh dan boleh naik dan turun tangga seorang diri, manakala perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh menulis silang pangkah dan bentuk dan kanak-kanak juga boleh menggunting dan menyambung semula apa yang digunting ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 308).

Kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun, didapati kanak-kanak boleh melompat sejauh 2 meter, melompat melangkau dan lompat bertali bagi perkembangan motor kasar, manakala kanak-kanak boleh melukis bentuk segitiga, tulis nombor 1 hingga 5 adalah merupakan perkembangan motor halus ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 310).


Perkembangan Kemahiran Bahasa Dan Komunikasi
            Perkembangan kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan salah satu domain yang penting. Komunikasi merujuk kepada pesanan yang bertindak balas antara orang yang bercakap dengan pendengar, manakala bahasa pula menggunakan simbol atau sintaksis atau tatabahasa apabila berkomunkasi dengan orang lain.

Dalam penilaian bahasa dan komunikasi terdapat dua jenis bahasa iaitu receptive language iaitu bahasa yang mudah diterima iaitu kebolehan kanak-kanak untuk memehami secara verbal dan tak verbal. Bahasa yang ditunjukkan dengan perasaan iaitu yang melibatkan perkataan, gesture dan tingkah laku yang digunakan untuk menyampaikan maklumat ialah expressive language.

Masa yang kritikal dalam perkembangan bahasa dan komunikasi bagi kanak-kanak ialah sebelum umur 5 tahun. Biasanya komunikasi bagi bayi bermula pada umur 3 tahun yang mana kanak-kanak memperolehi semua komponen dalam komunikasi. Perkembangan bahasa akan membentuk konsep sebagai perkembangan yang melalui tahap-tahap yang bermula pada bayi. Contohnya, apabila kanak-kanak masuk ke sekolah, mereka akan menggunakan semua jenis ayat. Jadi, apabila terdapat kemahiran komunikasi yang lambat, jadi mereka akan berusaha untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara seperti gesture (Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 94).

Jadi, untuk lihat perkembangan bahasa, kita boleh menilai dari peringkat umur kanak-kanak tersebut. Peringkat umur kanak-kanak 1 hingga 2 tahun, kita boleh lihat kanka-kanak itu boleh memahami perkataan “tidak” dan menikmati atau seronok apabila melihat buku. Ini adalah receptive language. Manakala bagi expressive language pula, kanak-kanak boleh menyebut atau membunyikan satu konsonan. Contohnya, “ba”. Kanak-kanak juga dapat memahami tindak balas perkataan tertentu contohnya, berkenaan bunyi “bye-bye” dengan gesture ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 302).

Pada peringkat umur  2 hingga 3 tahun, bagi receptive language, kanak-kanak boleh mengenalpasti objek apabila memberitahu tentang kegunaannya. Kanak-kanak juga faham tentang bentuk soalan “apa” dan “di mana” serta kanak-kanak ini juga memahami negatif iaitu “tidak boleh” dan “jangan”. Bagi expressive language pula, kanak-kanak suka mendengar cerita pendek atau cerita ringkas. Kanak-kanak juga boleh menyambung atau mengabung kosa kata bersama dua perkataan menjadi rangkai kata. Kanak-kanak ini juga boleh membuat penyataan negatif contohnya, “jangan buka” ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L.Kilgo, 2000: 304).

Perkembangan bahasa dan komunikasi pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun dari receptive language boleh dilihat, kanak-kanak boleh memahami ayat yang melibatkan konsep masa seperti “esok kita pergi ke zoo” dan juga kanak-kanak juga boleh memahami bandingan saiz. Contohnya, saiz besar, lebih besar manakala expressive language pula, menunjukkan kanak-kanak sudah boleh memberitahu tentang pengalaman yang lepas, gaya pertuturannya dapat difahami tapi mempunyai kesalahan dalam ayat. Di samping itu, kanak-kanak boleh bercakap dalam 2 atau 3 ayat yang berbentuk “agent-action-objek”. Contoh ayat seperti “ saya lihat bola” (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 306).

Kanak-kanak yang berada pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, mereka sudah boleh memahami secara perbandingan seperti cantik, sangat cantik. Mereka juga mendengar cerita panjang tetapi kerapkali salah tafsirkan fakta yang ada dalam cerita itu. Kanak-kanak juga boleh memahami urutan acara apabila kita memberitahu mereka. Contohnya, “mula-mula kita akan pergi ke stor, kemudian kita buat kek dan esok barulah kita boleh makan”. Ini termasuk dalam receptive language. Manakala dalam expressive language pula, kanak-kanak boleh menyambung ayat. Contohnya, “saya pergi ke stor dan saya membawa ais krim”. Kanak-kanak juga boleh memberitahu tentang kandungan yang terdapat dalam cerita tetapi banyak fakta yang salah ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 308).

Pada peringkat umur 5 hingga 6 tahun, bagi receptive language, kanak-kanak boleh mendemonstrasi kemahiran pra akademik. Bagi expressive language pula, kanak-kanak boleh menjelaskan perbezaan antara tatabahasa yang digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Di samping itu, kanak-kanak itu boleh berkomunikasi dengan keluarga, kawan-kawan dan orang yang tidak dikenali. Kanak-kanak pada peringkat umur ini juga boleh menceritakan semula buku yang telah dibaca dengan tepat (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 310).

Perkembangan Kemahiran Sosial-Emosi
Domain yang seterusnya ialah perkembangan kemahiran sosial-emosi. Dalam domain ini, ia merujuk kepada tingkah laku bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dan kawan-kawan di persekitaran dan bagaimana mereka bertindak balas dalam situasi social. Ia juga melibatkan bagaimana kanak-kanak memulakan sesuatu interaksi dan tindak balas untuk  interaksi dengan orang lain.

Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan remaja, mereka biasanya perlukan kemahiran bagaimana untuk turut serta dalam interaksi timbal-balik, manakala apabila kanak-kanak berinteraksi dengan kawan-kawan, mereka memerlukan kemahiran seperti bagaimana untuk main peranan contohnya dalam permainan anak patung. Kemahiran emosi pula adalah kebolehan untuk mengenalpasti  perasaan. Kemahiran ini adalah melibatkan bagaimana untuk mengawal dengan satu dorongan tertentu atau dengan perasaan hati dan bagaimana untuk menyelesaikan konflik (Judith Bondurant-Utz, 2002: 419).

            Dalam perkembangan sosial emosi, kita boleh lihat perkembangannya mengikut peringkat umur. Peringkat umur 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak menunjukkan rasa suka dan tidak suka kepada sesetengah orang, kepada objek  atau situasi. Kanak-kanak juga menguji ibu bapa dengan tingkah laku yang nakal semasa ibu memberi makan dan semasa hendak tidurkan mereka ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).

            Sementara bagi peringkat umur 2 hingga 3 tahun pula, kanak-kanak menyertai dalam permainan dan boleh bergantung kepada keupayaan sendiri. Kanak-kanak juga menyertai dalam kumpulan yang mudah seperti bertepuk tangan, menyanyi dan juga kanak-kanak ini mengenalpasti identiti jantina (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 305).

            Selain itu, perkembangan pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun boleh dilihat apabila kanak-kanak boleh bermain bersama kawan-kawan dan mereka mula berinteraksi sesama mereka. Dalam permainan, mereka melakonkan babak seperti pengembaraan dan permainan rumah (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 307).

            Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, kanak-kanak mula berpakaian mengikut jantina seperti kanak-kanak perempuan akan memakai mini skirt. Ini menunjukkan ciri-ciri perbezaan jantina antara perempuan dan lelaki. Selain itu, pada peringkat ini juga, kanak-kanak bermain dan berinteraksi dengan kawan-kawan ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 309). Bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun pula, kanak-kanak mula memilih kawan dan dalam permainan, mereka mempunyai persaingan (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 311).

            Domain yang terakhir ialah perkembangan kemahiran penjagaan diri dan adaptif. Ianya berfokus tentang pemakanan, penjagaan diri termasuklah basuh tangan dan gosok gigi dan tentang pemakaian (Judith Bondurant-Utz, 2002: 419). Aspek perkembangan penjagaan diri ini berkembang bermula 3-4 tahun dan biasanya perkembangan penjagaan diri berkembang dengan bimbingan ibu bapa dan pengasuh kanak-kanak tersebut.

            Melalui penjagaan diri kanak-kanak kita boleh melihat bagaimana kanak-kanak memakai pakaian denag cara yang betul. Selain itu, dalam cara pemakaian kanak-kanak prasekolah juga biasanya menunjukkan semua asas penjagaan diri seperti boleh membutangkan bajunya sendiri (Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 94).

Perkembangan Penjagaan Diri
            Kita boleh melihat perkembangan penjagaan diri melalui beberapa peringkat umur iaitu peringkat umur 1 hingga 2 tahun. Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh memegang pada hujung sudu tapi mereka tidak pandai menggunakannya. Selain itu, kita dapati juga kanak-kanak menguyah (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).

            Bagi peringkat umur 2 hingga 3 tahun pula, kanak-kanak dapat membuka pintu menggunakan tombol pintu, mengambil kot dan meletakkan kot apabila disuruh tetapi dengan bantuan. Kanak-kanak juga membasuh tangan dan mengeringkan tangan dengan bantuan iaitu daripada ibu atau penjaga (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 305). Pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak sudah boleh basuh tangan dan pergi ke bilik air dengan sendirinya. Kanak-kanak di peringkat ini juga sudah boleh menyapu marjerin pada roti dengan menggunakan pisau.

            Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun pula, kita dapati mereka sudah boleh memakai kasut dengan sendiri dan juga boleh memotong makanan yang mudah seperti memotong tomato menjadi kepingan. Manakala kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun pula, mereka sudah boleh memakai pakaian yang lengkap, berus gigi dengan sendiri dan boleh melintas jalan dengan sendirinya (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 311)


No comments:

Post a Comment